Dia ada depan mata.
Tapi saya xboleh pegang.
Dia ada depan mata.
Saya boleh lihat dia.
Cuma dari jauh.
Dia ada depan mata.
Dia ketawa tapi bukan untuk saya.
Dia jalan di hadapan saya.
Saya boleh lihat dia.
Dia?
Dia toleh belakang.
Pandang siapa?
Saya?
Saya anggap saja begitu.
Kenapa?
Saya harap dia tahu saya pandang dia.
Saya boleh lihat dia.
Orang lain pun sama.
Orang lihat kita senyum.
Kau senyum.
Aku senyum.
Siapa tahu apa ada disebalik senyum itu?
Kau tahu.
Aku tahu.
Aku mahu kau.
Kau mahu aku.
Tapi kita jauh.
Makin jauh.
Atau aku yang terasa jauh?
Atau kau yang rasa aku jauh?
Atau kita dekat tapi berjauhan?
Semalam kita lain.
Hari ini jauh banding hari sebelum ni.
Kenapa?
Masa xboleh putar.
Tapi boleh x hari ini kita jadikan macam semalam?
Supaya senyum kamu aku tahu.
Senyum aku kamu tahu.
Supaya sedih aku kamu tahu.
Sedih kamu aku tahu.
Supaya gembira aku kamu tahu.
Gembira kamu aku tahu.
Kalau hari ini xsama dengan semalam..
kau dan aku macam sudu dengan pinggan.
macam anak tudung dengan kasut.
Anak tudung xkenal kasut.
Kasut xkenal anak tudung.
Sudu tak kenal pinggan
Pinggan xkenal sudu.
Sudu kenal garfu.
Sebab tu mereka diguna sama-sama.
Kasut kenal stokin.
Sebab tu mereka dipakai sama-sama.
p/s : kekok.
-zyla-
No comments:
Post a Comment