rasanya minggu lepas adalah minggu terakhir di HTAR.
perasaan?
hmm...
selama di HTAR,
macam-macam dapat tengok.
minggu pertama.
kejadian kipas terjatuh dan terkena kepala sorang budak.
habis berdarah budak tu.
kesian3.
malang tak berbau.
kejadian betul2 jadik kat depan emergency department.
minggu seterusnya,
agak berhati-hati bila lalu bawah kipas.
takut-takut kipas yg tengah berpusing tetiba landing atas kepala.
xpasal2 ibu aku nangis tgok anak dia dah xda kepala.
hahaha
masa praktikal ni macam-macam pengalaman.
ada yg tengah kami round2 ward ala-ala YB lawat kawasan...
ada yg meninggal dunia.
Inalillah....
tengah nak round2..
ada sorang Dr ingat kami student UM.
hanya mampu senyum dan menidakkan sahaja.
begitu la jugak dgn pakcik jaga yg tegur n tanya student UM kah?
aku pun agak2 blur sket.
lambang MSU bunga raya.
jauh beza ngan lambang UM.
ish3....
dengan patient yg suka bercerita.
sangat-sangat suka bercerita sangat2 memudahkan.
xperlu tanya, dia sendiri sudah bercerita.
sanga-sangat dihargai.
pada yg pendiam,
senyumanku kutitip khas untukmu.
diam mu beerti kau tidak mahu diganggu.
itu tafsiranku.
n peristiwa bila aku mula ayat "intro" ngan sorang Dr nie.
sumpah aku ngelak nak bertembung ngan Dr ni sebab malu.
Pernah tertembung kat cafe pon aku sedaya upaya mengelak.
Malu sial!hahahaha
bila seorang makcik tua mintak saya tegukkan dia air.
menda ayat aku ni?
makcik tu suruh saya bagi dia minum.
dan saya keras skit bab-bab nak suapkan atau yg sama waktu dengannya.
maaf sebab tertumpah sikit.(sikit???huhuhu)
n bila ada seorang pakcik tua yg bercerita tentang hidup dia
hampir-hampir buat aku nangis.
saya xmengenali pakcik tu semasa hayat mudanya.
saya cuma kenal dia sebagai seorang pesakit tua yg ada masalah kronik berkaitan respiratory.
(kurang berminat utk bercerita ttg penyakit beliau)
walau pun mungkin ada kesilapan yg pernah dia lakukan,
anak-anak tetap anak-anak.
tanggungjawab anda kepada ayah.
kalau dia mmg xde salah langsung,
memang anda adalah anak-anak yg patut kena tanam hidup-hidup masa lahir dulu.
(emosi sikit bila teringat cerita pakcik tu)
kisah seorang wanita yg baru habis bersalin tapi ditahan di wad atas sebab-sebab tertentu.
sedih sebab baby yg baru dilahirkan kena bawak oleh mak mentua.
mak mentua xbagi tinggal kat hospital wpon dr dah benarkan.
ish3.
ada sekali tu.
before dtg hospital gi breakfast MCD.
sampai kat spital,
dah siap2 pakai white coat bagai..
aku nak gi buang air McD..
tetiba ada sorang lelaki tegur.
"eh..Dr pon makan McD jugak".
blurr sekejab.
bukan sekejab sebenarnya.
lama gak.
hahahha
aku pon senyum.
xterfikir nak jawab apa.
tak kan nak jawab...
"sekali sekala nak gak merasa fast food ni".
wow...tu dah mcm mengiyakan panggilan Dr tuh.
atau pun..
"asal..Dr xleh makan McD?" ---->dah kenapa emo tetiba plak kan.
nak jawab..
"saya bukan Dr.."
panjang pulak tazkirah aku kena bagi kan kenapa bagaimana kenapa seorang yg tgh ber white coat nak gi hospital tu bukan lagi seorang Dr.
Sebenarnya, saya masih student praktikal. perjalanan nak ada title Dr di depan nama Nur Fazilah Jamaludin itu masih la jauh. Masih jauh. Bukan setakat jauh, jalan berliku-liku lagi tuh. nak sampai ke "situ" banyak la yg haru ku tempuhi. kalau saya kuat, akan teruskan perjalanan sampai ke destinasi walaupun masa yg diambil tuk sampai tu agak lama. kalau tak kuat, mungkin perlu tukar ke gear reversed and patah balik semula. tapi kalau reversed, takut plak ibu ayah tengah tunggu ngan penyapu kat tangan.hahaha. Gurau.
apa-apa pun, doa yg terbaik buat diri sendiri n yg lain-lain. ada pelbagai sebab kenapa memiih untuk menjadi Dr. saya sendiri teringin nak tengok nama ayah saya terpampang di pintu bilik "Dr Zyla Jamaludin". ada yg kerana minta. ada yg kerana terpaksa. ada yg kerana takdir. n mgkin ada yg kerana xsedar dia dah ada di bidang ini. walau apa pun sebab, semuanya menuju ke destinasi yg sama.
p/s: panjang lebar.
-zyla jamaludin-
No comments:
Post a Comment