QisahPasalSaya

My photo
Shah Alam (n0w), Selangor, Malaysia
saya simple se"simple" soklan math 1+1. saya boleh jdi complicated se"complicated" soklan add math bila saya dengan orang yg saya sayang. Saya masih belajar dan sampai bila-bila akan jadi pelajar yg hanya menghadap buku bila "midsem" dan "final exam" dtg. Saya anak sulung merangkap seorang kakak yg akan jadi kakak yg sentiasa rasa dia bukan anak sulung. Saya suka katak dan selamanya akan minat walaupun satu dunia kata yg katak tu hodoh. Sekian.

Hati aku kau yang pegang

Bila kau yang pegang, seharusnya kau jaga bukan pijak-pijak macam sampah. Bila kau yang pegang, seharusnya kau jaga mcm jaga hati sendiri. Hati yang kau pegang itu tidak sekuat hati kamu. Kalau hati yang kamu pegang itu kuat untuk terima apa sahaja, hati itu tidak perlu siapa-siapa untuk pegang. Sekian.


Thursday, May 17, 2012

part 2

Selalunya di procedure adalah venapuncture. teringin nak tengok yg lain. tapi dah xde. nak buat macamana?? redha je la.hehehe

hari tu, hanya 3 orang dalam bilik. aku, syiira, n sorang HO. nurse yg incharge tak tahu ke mana hilang.
 (ni jugak sebabkan HO itu bengang.hahaha)

lepas panggil nama, masuklah si ibu bawak baby. dari cara si ibu jalan, nampak macam lemah je.
mungkin masih dalam pantang.
 bila dia letak baby atas katil and mintak si ibu tunggu luar... 
xsalah tekaan aku. baby baru 18 hari. ibu masih dalam pantang. 
kesian. 

bila doc n syiira tgh prepare barang-barang,
aku macam pelik sket tgok baby ni. 
mata dia..hidung dia. 
Down syndrome ke?

yup...Down syndrome.
laju benar si doc ni jawab. 
hmmm

baby ni kena amek darah n urine.
doc start ngan venapuncture dulu.
belek-belek tangan cari urat.
masa tu baby tgh nyenyak tido.
dapat je urat, doc terus cucuk.
baby pon nangis.
standard lah.
huhuhu

banyak darah dia kena amek.
berbotol-botol. kesian tengok.
tapi xamek kang, xsihat plak dia. 

lepas azab darah.
urine plak. dapatlah aku tengok suprapubic aspiration. 
rezeki. hehehe

doc cucuk atas pubic symphsis.
nangis gila budak tu.
xdapat. xde kencing wpon si ibu kata dah bagi susu.
2nd attempt pon xdapat.
3rd pon xdapat.

what to do?
catheter. 
Tuhan. sungguh aku xjangka. 
dalam hati aku ni dah kesian sangat tengok budak tuh.
doc pon buat apa yg patut. aku tahu.
cuma aku rasa kesian. normalkan wpun aku budak medic yg bakal buat macam tu jugak suatu hari nanti??
oh Tuhan...

nak masuk catheter untuk budak pompan kecik bukan mudah.
alhamdulillah dapat.

aku trauma sket tgok budak ni.
lagi trauma dari tgok direct inject kat dada tuh.
malam tu aku mimpi baby tu kejar nak cucuk aku pulak.
nampak tak yg aku mmg siyes trauma?

p/s: masa O&G dulu..aku tgok macamana ibu-ibu berjuang mati-matian nak lahirkan zuriat. tak kira lah yg ikut "pintu" or "tingkap". now, aku tgok macamana baby-baby yg baru beberapa hari kenal dunia terpaksa harungi macam-macam utk menempuh hidup. tapi ini berbaloi sebab ibu tercinta ada di sisi. bila banding ngan baby-baby yg 9 bulan berenang-renang dalam perut ibu...lepas je lahir terus rasa "keindahan" tempat buang sampah...mangkuk tandas...sebab kena buang oleh "ibu-ibu" yg tahu buat tak tahu jaga. lebih pahit kan?
tq ibu sebab xbuang saya dalam tong sampah.


-zyla Jamaludin-

1 comment: